*Private Pligrimage Rabiulawal 2 Sept-13Sept2026*
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT keran dengan izin dan Karunia NYA, Rahmat dan jemputan NYA, kami seramai 11 orang jemaah yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat keluarga telag diberikan kesempatan untuk menjadi tetamu Allah dalam perjalanan spiritual menunaikan Ibadah Umrah pada 2 Sept -13 Sept 2026, bersempena Rabiul awal.
Perjalanan ini bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi merupakan sebuah perjalanan hati, jiwa dan pengabdian kepada Allah SWT yang amat bermakna dan sukar digambarkan dengan kata-kata.
Persiapan kami bersama Hulm Hijrah & Tours telah bermula lebih awal melalui empat sesi Munasik Unrah dan satu sesi taklimat, yang sangat membantu kami memhami persediaan, tatacara serta perjalanan Ibadah yang bakal kami lalui. Segala perkongsian ilmu, nasehat dan peringatan yang diberikan menjadi bekalan yang sangat berharga sebelum kami berangkat ke Tanah Suci.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan termakasih tang tidak terhingga kepada *pengasas Hulm Hijtah & Tours, Ustaz Huzaini* atas bimbingan, perhatian, kesabaran dan komitmen beliau sepanjang perjalanan kami.
Penghargaan yang sama juga ditujukan kepadaUstaz Muhammad Sa'ie yang bersama-sama membimbing kami di Madinah dan Makkah. Kehadiran dan tunjuk ajar beliau memberikan kami keyakinan dan ketenangan dalam melaksanakan ibadah serta melalui pengalaman sebenar di Tanah Suci.
Apa yang paling kami hargai ialah bimbingan yang berterusan daripada sesi Munasik sehingga pengalaman sebenar di Madinah al-Munawwarah dan Makkah al-Mukarammah. Segalan perjalanan, urusan dan aktiviti dirancang dengan baik, tersusun dan dipermudahkan.
Lebih istimewa lagi, perjalanan ini telah memberi ruang kepada kami untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan persabatan. Walaupun kami datang sebagai keluarga dan sahabat, sepanjang perjalanan ini kami benar-benar merasakan diri kami sebagai satu keluarga besar, satu jemaah dan satu hati dalam mencari keredhaan Allah SWT.
Kami saling mengambil berat, membantu satu sama lain, bertolak ansur dan berkongsi setiap pengalaman sepanjang berada di Tanah Suci. Kebersamaan ini menjadikan perjalanan Umrah kami bukan sahaja penuh dengan Ibadah, tetapi juga dipenuhi dengan kasih sayang, ukhuwah, silaturahim dan ketenangan yang sangat indah.
Alhamdulillah segala-galanya terasa ringan, mudah dan lancar. Perkhidmatan serta pengurusan Hulm Hijrah & Tours telah banyak membantu kami supaya memberikan tumpuan kepada perkara yang paling utama - Ibadah, doa, dzikir dan penghayatan sebagai tetamu Allah SWT.
Yang paling utama, kami amat bersyukur kepada Allah SWT kerana tanpa jemputan dan izin NYA, kami tidak mungkin dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Segala kemudahan, kelancaran dan pengalaman ini adalah dengan Rahmat dan Kehendak- NYA.
Tidak lupa selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, atas perjuangan dan pengorbanan Baginda dalam membawa risalah Islam kepada umatnya.
Jazakumullahu khairan kathiran kepada *Ustaz Huzaini, Ustaz Muhammad Sa'ie dan seluruh warga Hulm Hijrah & Tours*
Terima kasih kerana telah menjadi sebahagian daripada perjalanan spiritual kami yangbegiyu indah, tenang dan bermakna.
"Ya Allah, janganlah jadikan kunjungan kami yang terakhir ke Tanah Suci. Jemputlah kami kembali menjadi tetamu-Mu lagi dan lagi, dalam keadaan sihat, dengan hati yang lebih bersih dan iman yang lebih teguh" 🤲🥹
- Maimunah Zin